Info Kecantikan



Perihal Kulit Wajah
Jenis Kulit Wajah


Kulit Berminyak:
Terjadi kerana bukaan pori2 yang besar. Inilah yang berlakunya masalah jerawat & jeragat

Kulit Kering:
Bukaan pori-pori kecil tidak kelihatan

Kulit Normal:
Kulit yang jarang mempunyai masalah kerana kandungan minyak & sifat kering pada kulit adalah seimbang

Kulit Kombinasi:
Bahagian2 tertentu kulit wajah yang diselaputi minyak. Merangkumi bahagian dahi, hidung, dan dagu. Bahagian lain pada wajah pula kering.  

Kulit Kusam:
- Akibat dari pendedahan cahaya matahari tanpa sebarang krim pelindung UV. 
- Udara yang kotor akan m'hasilkan toksin yg akan menyebabkan rona kulit tidak sekata,   bertompok-tompok dan kelihatan tidak sihat.
- Toksin yg dihasilkan oleh kulit sgt sensitif & cepat bertindak kpd sebarang perubahan udara & faktor sampingan yg lain. Keadaan ini yg mendorong terjadinya kulit kusam, penyelesaian paling mudah adalah dgn menggunakan produk pemutih kulit.




Cara Mengatasi Masalah Kulit Wajah dgn Produk Gabungan 
" 24K Gold Collagen Series "
Sangat berkesan untuk MENCERAH, MELEMBAB, MENEGANG,
MENGHALUS & MENYINARKAN KULIT WAJAH
  
1- Masalah: " Jerawat "
Jerawat merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak.
- Bersihkan wajah setiap pagi & malam dengan Cleanser
- Gunakan Toner setiap pagi & malam supaya kulit sentiasa lembab
- Menggunakan Alfalfa Serum setiap pagi & malam selepas penggunaan Toner agar jerawat menjadi cepat kering & dapat mengembalikan serta membaik pulih PH kulit wajah
- Menggunakan Arbutin cream (krim malam) setiap malam selepas penggunaan Toner untuk menghilangkan jerawat & parut.

Dinasihatkan: 
Tidak mengunakan sebarang jenis " scrub ".
Mengambil " Air Putih " untuk membantu & membersihkan kotoran dari tubuh.


2- Masalah: Jeragat atau bintik penuaan
Bintik-bintik hitam yg timbul di permukaan wajah. Kebanyakkannya timbul dibahagian hidung, tulang pipi & dahi. Merupakan pengumpulan pigmen di dlm kulit yg mempunyai sedikit atau tiada pigmen. Pigmen di dlm kulit meningkat untuk melindungi lapisan dalamnya akibat pendedahan berterusan kepada sinaran matahari. Pendedahan berterusan ini yang menyebabkan timbulnya jeragat. Masalah jeragat boleh membawa kpd risiko kanser kulit.

- Pastikan rutin penjagaan kulit seperti penggunaan Cleanser & Toner 2X sehari siang & malam
- Sapu & ratakan Miracle Foundation SPF 25 atau Day Cream SPF 25 untuk penggunaan di siang hari apabila keluar rumah selepas pemakaian Toner
- Manakala Arbutin Cream (krim malam) untuk penggunaan di malam hari selepas pemakaian Toner untuk merawat kulit yang berjerawat & parut.

Dinasihatkan:
Amalkan penggunaan Miracle Foundation SPF 25 atau Day Cream SPF 25 setiap kali keluar rumah disiang hari.


3- Masalah: Whiteheads
Bintik-bintik kecil berwarna putih yg timbul akibat pengumpulan sebum atau minyak yg mengeras di dlm pori-pori kulit apabila sebum menyumbat folikel rambut yg jauh ke dalam kulit.

- Amalkan penggunaan scrub (2 kali seminggu) semasa tapak tangan & wajah dlm keadaan kering sebelum penggunaan rutin Cleanser, Toner, Arbutin Cream.

4- Masalah: Blackheads
Terjadi apabila sel kulit mati & sebum menyumbat " folikel " rambut dipermukaan kulit. " Blackheads " menyebabkan pori-pori kulit berminyak m'besar & tekstur menjadi kesat dan kasar. Apabila pori tersumbat sepenuhnya, jerawat akan timbul. " Blackheads " boleh menyebabkan acne.

Amalkan penggunaan scrub (2 kali seminggu) semasa tapak tangan & wajah dlm keadaan kering sebelum penggunaan rutin Cleanser, Toner, Arbutin Cream.

5- Masalah: Pigmentasi
Pigmentasi merupakan keadaan kulit yang mengalami perubahan dari segi warna dan rupa. Warna kulit menjadi tidak sekata. Muncul tompok-tompok warna yang lebih gelap daripada warna kulit asal. Kulit kelihatan kusam, tidak bermaya & kasar.

- Pastikan rutin penjagaan kulit seperti penggunaan Cleanser & Toner 2X sehari siang & malam
- Sapu & ratakan Miracle Foundation SPF 25 atau Day Cream SPF 25 untuk penggunaan di siang hari apabila keluar rumah selepas pemakaian Toner
- Manakala Arbutin Cream (krim malam) untuk penggunaan di malam hari selepas pemakaian Toner untuk merawat kulit pigmentasi, jerawat & parut.

Dinasihatkan:
Amalkan penggunaan Miracle Foundation SPF 25 atau Day Cream SPF 25 setiap kali keluar rumah disiang hari. Disarankan mengambil " Pure Collagen " sebagai penggunaan tambahan untuk memulihkan sel-sel kulit dari dalam badan yang merawat pigmentasi, kedutan akibat dari kekurangan collagen dlm badan.


6- Masalah: Garis Halus
Kekurangan penghasilan kolagen membawa kepada timbulnya garis-garis halus di sekitar mata, dahi, dan bahagian wajah lain yang terdedah kepada sinaran matahari, garis ekspresi wajah dan kulit berkedut timbul di sekitar kelopak mata, leher, rahang & tangan.

- Sudah pastinya anda digalakkan menggunakan menggunakan produk set rawatan kulit iz 24K Gold Collagen Series " secara rutin.

Dinasihatkan:
Mengambil " Pure Collagen " sebagai penggunaan tambahan untuk memulihkan sel-sel kulit dari dalam badan untuk menghilangkan garis-garis halus dengan lebih berkesan akibat kekurangan collagen dari dlm badan.



Pemakanan yg seimbang dan berkhasiat membantu menjadikan kulit lebih cantik, rambut lebih sihat dan wajah lebih berseri. kenalpasti masalah-masalah kulit di bawah dan cari penyelesaiannya dengan pemilihan sumber makanan yang sesuai...


1- Wajah Anda Pucat?
Lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsium, tembaga (copper), kobalt dan vitamin B. Antara makanan yg disyorkan ialah kuning telur, keju, ayam, ikan, nasi, kentang, kekacang, bijirin & pisang.

2- Wajah Anda Berjerawat?
Tingkatkan pengambilan daging tanpa lemak, hasil tenusu, lobak merah, aprikot, bayam & brokoli. Semua ini adalah sumber zink terbaik yang menghasilkan collagen dan elastin demi meningkatkan keanjalan & kecantikan kulit.

3- Kulit Anda Berminyak?
Anda nampaknya kekurangan riboflavin. Selain mencuci wajah dengan pencuci bebas minyak dan mengamalkan suplemen tertentu, lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu rendah lemak & telur. ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.

4- Kulit Anda Kering & Mengelupas?
Lebihkan pengambilan Vitamin E & A. Begitu juga dengan pengambilan susu rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin & kekacang. Vitamin A meningkatkan keanjalan tisu kulit manakala Vitamin E yang kaya dengan antioksidan membantu mengurangkan masalah kedutan.



Ape itu Kolagen ??


Kolagen ialah sejenis protein berserat (fibrous protein) yang terkandung pada kulit, tulang, tulang rawan, tendon & sebagainya. Ia ditemui di dalam lapisan bawah kulit yang dipanggil dermis dan 3 perempat daripada keseluruhan kulit kita mengandungi kolagen. Sel Fibrolast pada dermis bertindak menghasilkan kolagen. Tubuh badan manusia akan menjadi lebih sihat apabila kita mempunyai kandungan kolagen yang mencukupi & struktur organik inilah yang membantu menguatkan tulang, sendi, otot, kulit, akar rambut & gigi. Masyarakat harus menyedari bahawa kandungan kolagen di dalam badan kita akan berkurangan disebabkan oleh faktor penuaan dan ia boleh menjadi seawal usia 20-an. Kandungan Kolagen berkurangan boleh memberi kesan kepada keanjalan kulit & kesihatan kita.

Akibat kekurangan Kolagen:-

1- Garisan halus kelihatan di wajah
2- Masalah Pigmentasi pada wajah
3- Kulit kusam & kering
4- Kulit berkedut & kendur
5- Kulit mengalami radiasi UV berbahaya
6- Sakit lutut & sendi
7- Tulang lemah & rapuh
8- Rambut mudah gugur
9- Kelemahan akar gigi

Kerosakan pada tulang akibat kekurangan kolagen






Kenali Beberapa Bahan Dalam Kebanyakan Produk Pemutih Kulit


1- Hidroquinon:
Bahan ini mempercepatkan fungsi tirosinase yg merupakan enzim utama dlm pembentukan melanin. Bahan ini juga menggalakkan pembentukan melanin. Bahan ini juga menggalakkan pembentukan melanin di dlm melasonit. Kombinasi antara bahan ini & asid glikolik akan membuatkan proses pencerahan itu lebih cepat berlaku.
Yang tidak eloknya:
Jika Produk yg mengandungi bahan ini tidak sesuai dgn anda ia akan menyebabkan kulit kemerahan, gatal & terasa pedih.

2- Azeleic Acid: 
Asid ini tugasnya merawat melasma & masalah hiperpigmentasi yg berlaku. Ia juga m'percepatkan proses pencerahan kulit tetapi tidak sepantas hidroquinon.
Yang tidak eloknya:
Boleh mendorong kepada rasa gatal pada wajah, kepedihan seperti rasa terbakar & menyebabkan penglupasan.

3- Kojic Acid:
Asid ini menghentikan tindakan enzim "tirosinase", menyebabkan penglupasan & memaksimumkan perubahan bahan pemutih pada wajah. Baiknya asid ini adalah kerana ia membantu mengatasi masalah kulit berjerawat & penuaan.
Yang tidak eloknya:
Alahan & radang kulit mungkin berlaku akibat perubahan kimia pada kulit wajah.
4- Vitamin C:
Mempercepatkan penghasilan melanin & manjaga keanjalan kulit (menegangkan kulit)



Jenis-Jenis Pupur (Masker) & Kebaikannya



1- Pupur " Timun " untuk kulit Sensitif  

Timun diakui mampu menyejukkan kulit yg sedang merengsa. Parutkan timun dan tekapkan ke wajah kerana ia mampu menyejuk dan melegakan kulit wajah yang sudah letih akibat perubahan cuaca, alahan, keadaan sekeliling yang kotor dan juga terik mentari. Perlu anda tahu, timun dan kulit mempunyai kadar hidrogen yg sama.

2- Pupur " Tomato " untuk atasi kulit Berminyak

Oleh sebab kulit berminyak mudah mendapat jerawat & bintik hitam, asid yang terkandung dalam buah tomato dipercayai berkesan menghapuskan bintik2 hitam & sebarang masalah lain yg terjadi pada kulit wajah. Pupur tomato mampu menghalus, melicin dan menaikkan seri wajah. Dengan kandungan asid folik, asid panthotenik, biotin, vitamin K dan vitamin E, ia diakui berkesan sebagai perawat kecantikan semulajadi.

3- Pupur " Badam " untuk Haluskan kulit

Khasiat Vitamin E, magnesium, protein, potasium, kalsium & zat besi yang ada pada badam sangat bagus untuk tujuan menghaluskan kulit wajah. Minyak yang ada pada kacang ini mampu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit wajah. Bahkan minyak inilah yang menjadikan lapisan epidermis kulit lebih tegang & anjal.

4- Pupur " Betik " untuk Lembutkan kulit

Amalan memakai pupur betik secara konsisten diyakini mampu menjadikan kulit wajah lebih halus dan mulus. Selain itu, getah betik yg disapukan kewajah juga berkesan untuk membuang sel-sel kulit mati dan seterusnya menegangkan kulit yg kendur. Pupur ini juga sesuai jika kulit anda ditumbuhi jerawat & masalah panau. Betik yang mengandungi khasiat Vitamin C, asid folat, beta karoten dan kalium mampu merawat banyak masalah kulit.



Info kecantikan





1- Sekiranya terdapat tanda hitam pd lutut & siku, sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur & minyak zaitun pada daun sirih t'sebut. Gosokkan pd lutut & siku selama beberapa minit. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kesan hitam pd lutut & siku akan beransur pudar.

2- Ramai yang menggemari makanan laut seperti udang & sotong, tetapi seringkali merasa gatal2 selepas memakannya. Untuk mengatasi masalah alahan tersebut, rebus terlebih dahulu makanan laut yg hendak dimakan sebelum dimasukkan ke dalam masakan mengikut kegemaran..

3- Sapukan Pati Ketumbar yg ditumbuk dgn jus lemon selama 15 minit setiap hari dibibir anda. Ia membantu memerahkan bibir secara semulajadi.

4- Kulit yg bersih & halus akan m'biaskan solekan yg sempurna. Ada baiknya kita melaburkan wang utk m'dapatkan kulit sihat sebelum m'beli pelbagai alat solek b'jemana mahal. Solekan " mahal " tidak akan b'makna malah nampak " murah " jika dikenakan pada kulit kasar, b'minyak & berparut. Adalah lebih baik anda m'jaga kesihatan & kecantikan kulit untuk m'dapatkan solekan yg sempurna, cepat & mudah.

5- sekiranya anda aktif bersukan dibawah cahaya matahari pastikan anda memakai sunblock yg mengandungi SPF 25-30 untuk mengelakkan anda mendapat kulit yg berjeragat (pigmentation) pada umur bawah 40 tahun, ini adalah kerana kulit yg normal biasanya akan mendapat jeragat pada umur 40 tahun keatas.

6- Elakkan krim penabir suria yang mengandungi PABA (paraminobenzoic acid) yang boleh menyebabkan alahan. PABA berisiko membuatkan kulit kemerah-merahan, iritasi dan terlalu sensitif pada sinaran cahaya matahari.

7- Apabila sel2 kulit mulai tua ia akan hilang keupayaan utk m'gekalkan kelembapan kulit. Penggunaan losyen & krim adalah sgt baik kerana akn mengunci air di dlm kulit bg m'gelakkan dehidrasi. PUN BEGITU dgn "Alfalfa Serum" ia boleh m'bekalkan fungsi anti penuaan yg lebih besar. Ini kerana ia m'gandungi bahan2 aktif yg b'tindak m'cegah penuaan sepenuhnya. Serum ini disapu & di massage secara m'bulat keatas sebelum m'gunakan krim pelindung UV.

8- Kisarkan Tomato bersama beberapa titis pati limau dan sapukan pada wajah selama 15 minit. Petua ini dikatakan dapat membantu mengecilkan pori-pori terbuka pada wajah.

9- Jika usia anda sudah melewati 25 tahun, pastikan memakai krim malam sebagai rutin wajib.

10- Selain mengurangkan makanan berminyak, anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan makanan tinggi gula & lemak jika mahu mengurangkan masalah jerawat yang dihadapi.

11- Kulit wajah yang gelap & tidak sekata adalah tanda banyaknya kulit mati yang tidak dibersihkan dengan baik. Itulah pentingnya untuk anda menggunakan " scrub " wajah 2X seminggu.

12- Untuk bibir yang merah dan lembut secara  semulajadi, sapukan madu atau marjerin ke bibirmu setiap malam.




 Istilah Kecantikan



1- Astrigen:  
Penyegar yg membantu untuk mengawal permukaan kulit berminyak & menurunkan PH kulit selepas kulit dibersihkan

2- 'Benzoyl Peroxide': 
Bahan anti bakteria yg biasa digunakan untuk merawat jerawat.

3- 'Chamomile': 
Sumber dari tumbuhan-tumbuhan yg terbukti secara klinikal membantu mencegah kulit memerah. Ia menjadikan kulit terasa selesa & nyaman. Bertindak berkesan terhadap alahan.

4- Hidrat:
 Untuk menambahkan kelembapan pada kulit.
5- Jojoba: 
Tonik & Pelembab. Ia merawat kulit kering, kedutan & tanda rekahan kulit(strech marks).
6- Kosmetik: 
Bahan atau campuran bahan untuk disapukan, dilekatkan, dituangkan, dipercikkan atau disemburkan pada, dimasukkan dlm, dipergunakan pada badan atau bahagian badan manusia dgn maksud untuk membersih, memelihara, menambah daya penarik atau mengubah rupa dan tidak termasuk dlm kumpulan ubat.

7- 'Melanin': 
Pigmen hitam yang ditemui pada rambut dan kulit.

8- Minyak Tea Tree:
Bahan pengawet semulajadi yg mengandungi unsur2 antiseptik dan membunuh kuman.

9. PABA: 
Asid 'Para-aminobenzoic'. Ditemui dalam vitamin B kompleks. Digunakan sbg bahan dlm beberapa produk pelindung matahari.

10. pH: 
Peratus hidrogen. Digunakan untuk mengukur tahap keasidan dlm persediaan kosmetik.

11. Rose Hips
Estrak pelbagai spesis ros liar yang kaya dengan vitamin C.

12. SPF (Sun Protection Factor): 
Angka selepas SPF memberitahu anda tentang jumlah masa yang diambil oleh kulit untuk terbakar dengan penapis matahari berbanding jumlah masa sebelum kulit anda terbakar tanpa penapis matahari. Misalannya, SPF 8 bermakna kulit anda dilindungi dan anda boleh berada di bawah sinaran matahari 8 kali lebih lama berbanding tanpa perlindungan sebelum kulit mula terbakar.

13. Waxing
Kaedah menanggalkan bulu roma atau rambut dgn menggunakan lilin panas atau sejuk.

'Zinc Oxide': 
Digunakan utk melindungi, menyamankan  dan memulihkan kulit. Ia juga memberikan perlindungan yg baik terhadap sinaran matahari.


Info Solekan


 
1- Sapuan bedak padat diseluruh kelopak mata terlebih dahulu dapat membantu sapuan pembayang mata lebih lama bertahan & tidak bergaris-garis akibat peluh.

2- ramai wanita mencintai akan kecantikan tetapi adakah anda tahu bahawa salah 1 perkara penting dari segi m'jaga kulit wajah anda adalah dari teknik solekan yg betul. Pastikan sapuan " foundation & compact powder " di wajah secara ke bawah manakala ratakan ia ke kiri dan ke kanan. Jgn sesekali m'buat sapuan & ratakan ke atas kerana ia boleh merosakkan kulit wajah anda apabila liang roma anda tersumbat.

3- Gincu dengan Rona Pastel sangat sesuai digayakan ketika cuaca panas agar warnanya tidak kelihatan terlalu menyerlah.

4- Untuk mengetahui " Bedak Asas " yang sesuai buat kulit anda, cuba ratakannya diatas tapak tangan anda. Kulit dibahagian tersebut mempunyai tona warna yang hampir sama dengan leher anda.

5- " Bedak Debu " mampu memberikan kemasan solekan asas yang lebih lembut, tidak mudah meninggalkan garis wajah & paling penting mampu bertahan di wajah lebih lama berbanding bedak padat.

6- Untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat, elakkan memakai krim wajah. Gunakan hanya bedak asas antiseptik dan bedak padat bagi mengurangkan risiko masalah jerawat anda menjadi lebih teruk.

7- Biarkan wajah kekal dengan solekan tipis diwaktu pagi bagi membolehkan
kulit anda bernafas dengan menerima manfaat mentari pagi.

8- Penggunaan produk kosmetik berasaskan krim adalah pilihan paling tepat untuk mereka yang memiliki kulit kering.

9- Anda disarankan untuk memilih produk kosmetik & krim muka yang bebas bahan pewangi untuk mengurangkan risiko alahan kulit.

10- Pengilat bibir rona 'sheer beige' adalah pilihan terbaik bagi gadis berkulit kuning langsatuntuk tampil lebih semulajadi & rona merah jambu pula memberikan impak segar

11- Pilihlah gincu dari jenis 'lip plumper' untuk ilusi bibir seksi dan penuh.


12- Penggaris mata warna hitam hanya sesuai dilakar pada bahagian atas mata sahaja, pemakaiannya dibawah mata akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih matang dari usia. Sapuan halus pembayang mata rona semulajadi paling sesuai dibawah mata.

13- Pemakaian kanta lekap mempu menyerlahkan lagi solekan mata


14- Maskara yang sudah bergumpal pada berus sapuan adalah tanda maskara sudah rosak dan masuk angin. Gantikan saja !