Info Diet Sihat



1- Pengambilan 3.5 auns Daging Merah atau lebih 3 kali seminggu akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit kanser usus besar.

2- Kajian telah membuktikan bahawa sejenis hormon akan dibebaskan semasa kita menghadapi tekanan yang menyumbang kepada masalah kegemukan dengan cara menyimpan lemak di perut kita.

3- Amalan minum air ber "ais" selepas makan dikaitkan dgn masalah jantung. Ais boleh m'bekukan makanan b'minyak yg kita makan & m'perlahankan proses p'hadaman. Ini m'akibatkan penyempitan byk saluran yg boleh m'bawa kpd pelbagai penyakit. Amalkan meminum air suam selepas makan..

4- Sepotong kek mengandungi kira-kira 20gm gula pasir yg termasuk dlm karbohidrat sederhana. Glukosa yg terkandung di dalamnya memang memberikan rasa kenyang & bertenaga tetapi tdk berpanjangan. Ini membuatkan anda ingin makan lagi. Jika ingin sihat & langsing, hadkan pengambilan makanan manis.

5- Jika anda mengalami masalah kurang darah, menu pilihan yg sesuai buat anda adalah daging merah, ikan, kuning telur, hati & kerang. Asparagus, bijirin mil penuh, prun, kismis, & kurma juga elok diamalkan. Kurangkan kopi, teh & minuman ringan kerana ia menganggu penyerapan kalsium & zat besi dlm darah.

6- Ramai yang menggemari makanan laut seperti udang & sotong, tetapi seringkali merasa gatal2 selepas memakannya. Untuk mengatasi masalah alahan tersebut, rebus terlebih dahulu makanan laut yg hendak dimakan sebelum dimasukkan ke dalam masakan mengikut kegemaran..

7- Tanda diet anda adalah salah apabila anda berasa mual, pening & sesak nafas. Ini bermakna anda mengalami kekurangan sumber karbohidrat dlm tubuh seperti roti, nasi, pasta & kentang merupakan sumber " Serat " & "Antioksida " seperti vitamin E & Selenium yg berfungsi utk melawan penyakit.

8- Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis selain kaya dgn kalsium & mineral yg membantu memecah lemak.

9-  Secawan teh hijau dapat membantu menyediakan tubuh anda menentang jangkitan kerana kandungan polyphenols & flavanoid di dalamnya membantu m'pertingkatkan imunisasi tubuh.

10- Orang yg memiliki darah jenis A digalakan utk setia dgn sayur & buah-buahan. Amalkan diet jenis tinggi karbohidrat & rendah lemak. Kajian menunjukkan cairan darah jenis ini lebih pekat b'banding yg lain. Mempunyai sistem imunisasi tubuh yg sensitif & tdk digalakkan utk mengambil produk tenusu, lemak haiwan & daging. Berisiko m'dapat penyakit diabetes, kanser & gejala kardiovaskular yg lemah.

11- Kajian yg dilakukan oleh saintis dari Universiti College of London, membuktikan salah 1 bahan yg terkandung dlm teh hijau iaitu 'L- Theanine' boleh mengubah gelombang aktiviti otak dari gelombang beta yg m'pengaruhi rasa bimbang kpd gelombang alfa yg berhubung dgn rasa tenang & relaks.

12- Jika anda makan banyak pastikan anda lebih banyak mengambil 3 dari makanan b'khasiat iaitu buah-buahan, sayuran & air putih. Jika TIADA/ KURANG 2 dari 3 pengambilan b'khasiat ini anda mungkin akan menghadapi masalah sembelit. Jika tidak anda pasti memerlukan iz Fiber. Kaya dgn serat epal hijau & tinggi antioksida.

13- Merokok adalah p'mulaan kpd penyakit kanser, jantung & angin ahmar. Akibat dr merokok juga boleh membuatkan kulit anda lebih cepat berkedut dan nampak berusia.

14- Jika anda mmg malas melakukan aktiviti2 cergas, risiko obesiti lebih mudah menyerang. Boleh melambatkan metabolisme. Hal ini mampu mempengaruhi proses p'bakaran lemak & pengedaran darah dlm tubuh.


15- Diet Tinggi Protein dan rendah karbohidrat sememangnya mampu menurunkan berat tubuh dengan pantas tetapi akan mengganggu fungsi " buah pinggang & jantung " serta membuatkan tubuh mudah terasa sejuk.


16- Keinginan untuk menikmati coklat secara tiba-tiba adalah cara tubuh memberitahu anda yang kandungan magnesium di dalam tubuh anda sudah berkurangan.


17- Makanan yang telah didingin beku akan kehilangan 40% dari kualiti nutrisi di dalamnya.


18- " 32 Gelas air kosong " diperlukan untuk menyingkirkan kembali asid dari setin munuman berkarbonat.


19- Jangan ambil Suplemen Kalsium bersama dengan jus oren kerana kandungan Vitamin C di dalamnya akan menyerap khasiat kalsium tersebut.


20- Kudaplah sayuran yang rangup seperti lobak merah, asparagus & brokoli untuk mengatasi rasa lapar. Sayuran rangup ini kaya nutrisi & membuatkan anda kenyang lebih lama malah rendah kalori.


21- Mengambil foto anda sebelum berdiet & setiap 2 minggu berikutnya akan membantu anda lebih konsisten untuk mencapai matlamat tubuh yang anda idamkan.


22- Teh Tarik tidak disarankan untuk diminum setiap hari kerana ia mengandungi kalori & gula yang tinggi.


23- " Saya Sayang Keluarga Saya ", jadikan ia sebagai pengangan untuk membantu anda memasak hidangan yang sihat buat keluarga tersayang.


24- Jangan selalu marah, nanti semakin gemuk !! Hormon Kortisol akan dirembeskan setiap kali anda marah yang akan membuatkan anda lebih mudah lapar.


25- Visualkan anda yang paling langsing & cantik, anda pasti lebih berdisiplin dalam berdiet.


26- Empat Biji Telur (saiz kecil-gred C) seminggu adalah had maksimum untuk mengelakkan kolestrol berlebihan dalam darah.


27- Minimakan Pengambilan " Lemak tersembunyi " dengan menjauhkan diri dari pengambilan daging berlemak, makanan segera dan makanan dalam tin.


28- 360ml minuman berkarbonat mengandungi 160 kalori & jika diambil setiap hari selama setahun akan membawa peningkatan berat sebanyak 7kg dalam setahun.

29- Jangan rosakkan hidangan salad anda dengan menambahkan " dressing " tinggi lemak seperti mayones atau keju. Kekal memilih yang rendah lemak atau minyak zaitun.

30- Hentikan pengambilan karbohidrat ringkas seperti pasta, roti, ubi kentang dan manisan kerana ia tinggi kalori & kandungan gula.

31- Katakan tidak pada makanan segera.

32- Sebiji lobak merah saiz sederhana jika dimakan mentah mampu membekalkan kira-kira 200% dari jumlah vitamin A yang anda perlukan malah ia juga bebas kalori.

33- Meninggalkan sarapan akan membuatkan anda cenderung untuk mengambil makanan tinggi lemak ketika makan tengahari.

34- Sos tomato & cili mempunyai kandungan gula yang tinggi. Sebaiknya pilihlah puri tomato yang segar sebagai penambah perisa.


35- 1 cawan terung (dimasak tumis air) hanya mengandungi 28 kalori & ia merupakan sumber terbaik serat boleh larut & tidak boleh larut. Serat ini membantu melancarkan penyingkiran toksin & kolestrol berlebihan dalam badan.


36- Minum minuman seperti susu, susu kocak atau jus buah segar mampu memberikan anda rasa kenyang lebih lama & ini juga akan membantu anda daripada menikmati makanan secara berlebihan sewaktu sarapan


37- Tambah 50% lagi air putih ke dalam jus buah yang siap diproses bagi mengurangkan kadar gula, seterusnya anda dapat meningkatkan jumlah air dalam tubuh.


38- Ingat makanan rendah lemak tidak semestinya rendah gula. Baca label makanan anda kerana gula yang tinggi bermakna kalori lebih banyak dan ini juga mampu menambahkan berat badan anda.


39- Setiap 1 gram alkohol mengandungi 7 kalori. Pengambilan alkohol berlebihan juga mampu membuatkan perut anda buncit.


40- " Bawang Putih " mungkin menyebabkan nafas anda berbau tetapi pengambilannya di dalam diet adalah sangat baik untuk membantu mempertingkatkan aliran darah.


41- 




Kurus Dengan " Buah "




Ramai sedia maklum bahawa buah memang mempunyai khasiat & serat yang tinggi sekaligus mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian. Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat.

1. Limau Gedang
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghalang kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren
Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal
Ada kajian mendapati seseorang yg mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan & dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92% air & mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur
Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.



7. Berdiet bukan bererti anda harus tidak makan, itu salah! Anda perlu makan tetapi makan secara seimbang, pilih pelbagai jenis makanan berbeza kumpulan dan makanlah dalam jumlah yang sederhana.